Pascasarjana UMSU || Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) dan Universiti Tegnologi MARA Malaysia menggelar Seminar kolaborasi “Perekodan Kewangan secara Digital” di Dewan Kacip Fatimah, RTC FAMA Tanjung Kota Bharu Kelantan Malaysia, 21 Mei 2023.
Dari UMSU menghadirkan dua nara sumber, yakni Dr Eka Nurmala sari SE MSi Ak CA (Ketua prodi Magister Akuntansi UMSU) dan Assoc Prof Dr Ade Gunawan SE MSi (Wakil Dekan I FEB UMSU).
Kegiatan ini juga diikuti oleh dua mahasiswa UMSU, yakni Devi Purnama Sari dan Yudi Febrianto Samosir. Keduanya merupakan mahasiswa Fakultas Ekonomi dan Bisnis UMSU.
Sementara dari UiTM tampil narasumber Associate Prof Dr Maheran Zakaria, Rabaatul Azira Hasan, Ts Mohd Zafian Mohd Zawawi, Wan Noraswaniaty Wan Ahmad dan Rizki Mayandi.
Dr Eka Nurmala sari SE MSi Ak CA mengungkapkan kegiatan ini merupakan salah satu bentuk Pengabdian Masyarakat Internasional.
Dijelaskannya, dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) bertujuan untuk membentuk komunitas keusahawanan inklusif dan kompetitif, khususnya sektor Perniagaan Kecil Sederhana (PKS), yang mampu bersaing di pasar global serta merangsang pembangunan kumpulan B40 dan usahawan sosial.
Namun, untuk mencapai matlamat tersebut, para usahawan perlu menjadi lebih celik digital dalam setiap operasi perniagaan termasuk dalam perekodan asas perakaunan.
Oleh karena itu, lanjut Eka, inisiatif dan komitmen dari seluruh warga negara global diperlukan untuk membolehkan penyelesaian isu-isu kelestarian global dapat diatasi dengan lebih cepat dan menyeluruh.
Sehubungan dengan itu, seiring dengan dasar kerajaan DKN 2030, para pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkolaborasi bersama Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Indonesia, mengambil inisiatif membangunkan aplikasi mudah alih “Buku Kedai” yang bertujuan membantu melancarkan urusan perekodan kewangan perniagaan.
“Manfaat buat para usahawan PKS adalah aplikasi ini bakal menjadi satu alat penting yang membantu mereka menguruskan perniagaan dengan lebih efisien dan produktif,” ujarnya.
Inisiatif ini merupakan satu konsep pendidikan global yang berperanan untuk meningkatkan keupayaan dan kompetensi generasi kini sebagai warga negara global yang mampu merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam Agenda 2030. SDG 2030 merupakan satu agenda global yang bermatlamat untuk melindungi bumi dari kemusnahan baharu dan memastikan kesejahteraan serta kemakmuran sejagat akan tercapai menjelang tahun 2030.
“Hasil kolaborasi pembangunan aplikasi mudah alih Buku Kedai antara para pensyarah UiTM dan UMSU merupakan satu harapan dalam memperkuatkan sektor PKS ke arah memacu pembangunan mampan global, memberi manfaat kepada para usahawan PKS serta mencapai target matlamat DKN 2030 dan SDG 2030,” sebutnya. (*)